Thursday, February 26, 2009

:: Life and learning ::


Dari kita sekecil tapak tangan sampai la sekarang, kita belajar pelbagai perkara. Jika dulu kita menangis kerana lapar susu, kini kitabelajar menangis kerana sebab lain. Alasan nya mungkin berbeza tapi proses masih sama.
Selepas menangis kesedihan,kita pasti berasa lelah dan kemudiannya cuba untuk bangkit kembali.
Kita akan cuba untuk mengusir semua kedukaan itu. Saya percaya masa mampu mengubati luka yang pernah kita alami. Walaupun parut nya akan tetap tinggal sebagai kesan semur hidup ini, se elok nya dengan cara itu kita belajar daripada perkara yang telah lepas itu.

Kata orang kalau kita hendak maju ke depan, jangan asyik menoleh ke belakang. Mungkin ada benar nya kata-kata itu. Tetapi jika di fikirkan daripada perspektif realiti kehidupan ini, kita sebenarnya tidak pernah dan boleh lari daripada perkara yang lalu atau lebih mudah di sebut perkara yang telah menjadi sejarah.

Siapalah kita pada hari ini tanpa melalui hari semalam..
Melainkan kita mempunyai kuasa merentas masa..

Terus-terusan menangisi kesedihan semalam tidak mungkin mampu mengubah perkara yang telah berlalu itu. Apa yang sewajarnya, sebagai muslim yang percaya pada Qada' dan Qadar-Nya, kita seharus nya menerima semua dugaan dan kepayahan yang di hadapi dalam kehidupan ini dengan redha.. dengan hati yang terbuka.. walaupun agak sukar sebenarnya.

Semua itu terpulanglah pada diri kita sebenranya. Nak ke tak nak? Seperti tajuk buku tulisan H.M Tuah dalam simpanan saya yang masih belum sempat di selami makna nya. Insyallah jika ada kelapngan mungkin akan dapat di kongsi kan bersama nanti.

Berbalik kepada penerimaan kita terhadap kepayahan yang di hadapi tadi. Tiada perkara yang mudah di dalam dunia ini. Saya yakin anda percaya. Setiap apa yang kita lakukan, yang kita usahakan dengan hati dan komitmen serta kesungguhan itu pasti nya akan ada "reward" nya.

Belajar untuk menerima kepayahan itu dan jadikannya sebagai satu cabaran untuk diri kita sendiri.
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

Tanpa usaha kita takkan ke mana, dan kata-kata tanpa pembuktian adalah dusta. Jadi, marilah kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik. Menjadikan diri kita lebih baik daripada hari semalam. Saya sangat bersemangat untuk mengatakan: Kejayaan hari esok bermula dengan detik ini. Selamat berjuang untuk semua teman ku.

"Daripada zero ayuh kita jadi hero(someday)"

-NJ:Shah Alam,28 Febuari 2009.-